Pada ketika ini masih tinggal beberapa minit saje lagi nk masuk ke tahun 2009. Dan pada ketika dan tarikh ini juga di tahun 2008 ini, kami sekeluarga berada dalam perut kapalterbang MAS melalui perjalanan yg panjang ke Amsterdam dan seterusnya ke Manchester. Kami selamat sampai di Manchester airport lebih kurang jam 10am waktu UK. Maka bermulalah kehidupan baru kami di tahun yg baru dan di tempat yang baru....bermulanya kehidupan sebagai pelajar PhD yg bertemankan suami dan 3 anak2 kecil. Sepanjang setahun di bumi Manchester ini, dh byk peristiwa dan pengalaman pahit manis, suka duka yg telah kami lalui....apa yg dapat disimpulkan.."walaupun hujan emas di negeri orang, tapi bagi kami lebih baik hujan batu di negeri sendiri"....masih lagi homesick...rindu pada mak abah, MIL, adik beradik, sedara mara, kawan2 dan kehidupan lama sebagai pensyarah di UiTM. Walaupun begitu, kami tetap bersyukur dengan apa yg kami ada sekarang dan juga dengan apa yg telah kami lalui...satu pengalaman yg tk mungkin dilupakan...cabaran dan dugaan hidup di sini byk mematangkan kami (terutama saya sendiri)...ianya byk mengajar erti berdikari dan juga bersyukur.
Sempena tahun baru hijrah 1430 dan juga 2009 ini, byk azam baru yg dibuat dan ada jugak azam2 lama yg diperbaharui. Semoga diri ini menjadi lebih beriman pada Allah, lebih tabah, lebih bersemangat, lebih sabar, lebih penyayang, lebih memahami, lebih berdisiplin, lebih ceria dan lebih bahagia dari tahun sebelumnya...insyaAllah.
Ya Allah, sesungguhnya Kau mengetahui apa yg tersirat dalam hatiku dan yg tersurat untuk ku. Wahai Tuhan, peliharalah kasih sayang diantara ku dan suamiku dan anak2ku. Berikan kesabaran dalam diri kami. Berikanlah kesefahaman di antara kami, permudahkanlah urusan kami dan sudahkanlah dengan kebaikan.....amin.
1 comment:
how time files...sekejap jer kiter dah sethn di sini kan kak anis...anyway progress still 'like that'(me la..)....azam akak mmg good example...how can I be like you????rasany still far maybe...
Post a Comment