
Rasanya semua org pernah berkorban dalam hidupnya...samada berkorban untuk kebaikan diri sendiri mahupun untuk orang lain. Begitu lah jugak dengan mereka2 yang sedang buat PhD...terlalu banyak pengorbanan yang telah, sedang dan akan dilakukan dalam mengharungi perjalanan PhD hinggalah berjaya mendapatkannya. Kadang2 kita sering mengharapkan pengorbanan dari orang lain untuk kejayaan kita...tapi apakah kita sendiri mampu untuk berkorban bila tiba masanya??
Pengorbanan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk: pengorbanan harta benda, jiwa raga, perasaan, waktu, serta harga diri. Setiap satunya mempunyai 2 dimensi : dimensi kerana mengharap keredhaan Allah atau dimensi yang bukan redha Allah. Ini bermakna apakah pengorbanan yang kita lakukan ini dilandasi oleh IKHLAS dan SABAR?? Jawapannya perlu kita tanyakan pada hati kita masing masing sebagai seorang muslim yang mengharap keredhaan Illahi.
Setiap impian memerlukan pengorbanan...bak kata pepatah omputih..'No Pain, No Gain'....
Setiap pengorbahan perlu dihargai supaya nikmat pengorbanan itu dapat dirasai bila kejayaan dan impian tercapai.
Setiap pengorbahan perlu dihargai supaya nikmat pengorbanan itu dapat dirasai bila kejayaan dan impian tercapai.
Nota: Hanya ungkapan terima kasih dapat diberikan kepada suami dan anak2 yang banyak berkorban untuk diri ini.....Ya Allah, permudahkanlah perjalanan PhD ku, dan berkatilah segala usahaku...serta rahmatilah suami dan anak2ku..Ameen
2 comments:
aik jiwang nampak kak, 'take it easy ya....'
hahaha...sekali sekala
Post a Comment